Title: Islam dalam pelbagai perspektif : Refleksi Pustakawan Tentang Islam
Penulis: Shaharom TM Sulaiman
ISBN: 967-69-0205-5
Penerbit: Thinker's Library Sdn Bhd
Buku ini merupakan buku yang diterbitkan dalam tahun 1997. Walaubagaimanapun, ianya amat menarik untuk diulas dan dikongsi bersama kerana adanya terma ini "Pustakawan" pada muka bukunya. Apatah lagi, ia mengaitkan refleksi Pustakawan dalam konteks Islam.
Buku ini menggupas dan membincangkan beberapa pengisian yang menarik bermula dari mencari dan mencintai al-Hikmah, wawasan al-Quran, kecintaan terhadap Rasulullah saw dan ahli keluarganya, penghayatan ramadan dan aidilfitri, tebaran hikmah dan penghayatan doa sehingga kepada ulul albab dan penggunaan akal.
Buku ini adalah kompilasi esei penulis yang pernah tersiar dalam akhbar dan majalah tempatan. Penulisnya yang merupakan pustakawan mengakui mempunyai minat membaca yang amat tinggi terhadap buku-buku dalam pelbagai disiplin termasuk yang menyentuh aspek keislaman.
Haruslah diingat, penulisan dan penggisian di dalam buku ini merupakan lontaran pandangan dan refleksi penulis berdasarkan niat untuk belajar diantara satu sama lain. Menariknya buku ini dibahagikan kepada enam bab utama yang mempunyai kaitan secara langsung mahupun tidak langsung. Contohnya di dalam bab yang membincangkan al-Hikmah, penulis percaya bahawa kecintaan kepadanya akan membentuk kebenaran, ilmu, kebijaksanaan, pencerahan pemikiran dan makrifah kepada pembaca.
Buku ini tampak ringkas dari aspek rekabentuk, paparan dan olahannya. Bagaimanapun, sentuhannya mengenai pengisahan oleh ahli sufi terkenal, Jalaluddin Rumi dan kisah Rumi nyata menggamit pembaca untuk terus menghayatinya. Memang benar, ia harus dijadikan salah satu rujukan oleh semua lapisan khususnya di kalangan Pustakawan bagi memupuk pemikiran kritis dan kreatif disamping melengkapkan pengenalan kita dalam memahami Islam dari pekspektif bukan ahli agama.
0 comments:
Post a Comment